Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan. Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun. KELEBIHAN Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram. SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura : 2. Memuliakan fakir miskin 3. Menahan marah 4. Menunjukkan orang sesat 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah 7. Memelihara kehormatan diri 8. Mandi Sunat 9. Bercelak 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali 11. Sembahyang sunat empat rakaat 12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" 13. Menjamu orang berbuka puasa 14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. p/s: Selamat di copy paste oleh aku dari email gptd.
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Pengikut Gue
5:10 AM
Tentang Tentang agama
4:08 AM
Aku dah berkira kira ni. Dan bila sudah berkira kira, hati aku berdebar debar, selagi tak dapat, berdebar lagi. Memang sudah lama sangat aku idamkan dia ni. Dulu aku sudah punya buah hati ni. Tapi, mana kacip kalau tak dapat bermain dengan lensa. Tak hensem. Tak kacip. Tak boleh berlagak bak kata Faz. Tapi ni bukan soal berlagak, ini tentang minat, tentang obses, tentang cinta. Kan aku dah berpuitis.
Harap cita cita tercapai.
Harap perniagaan nasi lemak aku mendapat sambutan. Walau ekonomi dunia meleset tahun depan. Celaka kau kapitalis.
6:12 AM
Setiap kali cuti semester biasanya aku kerja dengan abang abang aku. Kalau tidak di Melaka Sentral, di Batu Caves. Cuti kali ni aku kerja di Batu Caves. Seperti selalunya, macam macam hal yang aku hadapi tiap kali bekerja. Macam macam fiil manusia. Macam macam ragam. Macam macam kerenah. Macam macamlah. Macamlah kau tak tahu. Chombi pun tahu.
Pagi tadi .Panas hati aku.
Apekejadahnye nak pendekkan tali jam pun nak hantar kat aku??!! Aku kerja di kedai handphone kawan, bukan kedai jam. Lebih baik kau bagi aku repair mesin jahit ke, mesin rumput ke, mesin pengimbas CAT sekalipun. Baru meletup. Huh.
Pagi pagi morning dah buat aku sentap.
6:46 AM
Aku ketemu dia semula. Terima kasih Tuhan.
Jika dia di takdirkan untuk ku, maka dekatkanlah hatinya denganku.
Namun sekiranya tidak, maka dekatkanlah hatinya dengan ketentuan-Mu.
Amin
Jika dia di takdirkan untuk ku, maka dekatkanlah hatinya denganku.
Namun sekiranya tidak, maka dekatkanlah hatinya dengan ketentuan-Mu.
Amin
Tentang Tentang eTiqa
11:24 PM
Satu hari sebelum raya Qurban. Semangat berkobar kobar di dada. Nak tolong tumbangkan lembu kat kampung aku. Nak tolong melapah sekali. Tapi kalau pakcik pakcik veteran tak percaya kemeletupan aku dalam melapah lapah daging ni, hantar daging korban rumah ke rumah pun dah kira ranggi. Boleh jugak aku usha anak anak dara kampung yang tak pernah aku jumpa petang petang main bola jaring kat KEMAS.
Malam raya pertama, lepak lepak kat rumah. Nenek aku yang konon konon nak beraya kat Kuantan tak jadi, sakit, masuk Hospital Melaka. Kesian nenek aku.
Malam raya pertama, lepak lepak kat rumah. Nenek aku yang konon konon nak beraya kat Kuantan tak jadi, sakit, masuk Hospital Melaka. Kesian nenek aku.
Aku dah lama sangat tak terlibat dalam ibadah korban ni. Dulu, kecik kecik, selalu jugak tolong (baca:tengok). Memang tak sabar sangat lah. So, aku masuk tidur awal. Nak kumpul stamina, energi. Lembu lembu korban ni bukan macam lembu susu, rilek saja bila di perah putingnya.
*********
*********
Hujan turun tak berhenti henti. Memang sedap tidur berbalutkan toto Narita. Sejuk malam tak terasa. HAHA
"sesungguhnya manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan"
"sesungguhnya manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan"
Hujan turun tak berhenti henti. Memang sedap tidur berbalutkan toto Narita. Sampai ke tengah hari aku tak sedar!! HAHA. Sembahyang raya ke mana, lembu ke mana, aku masih tenang kat atas katil.
Subscribe to:
Posts (Atom)