Pengikut Gue

5:10 AM

Kelebihan Di Bulan Muharam

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

  1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  3. Dicipta Adam a.s.
  4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  8. Selamat Musa dan pengikutnya.
  9. Lemas Firaun.
  10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
  12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri 
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin 
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah 
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat 
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah 
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri 
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat 
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak 
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat 
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" 
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa 
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

p/s: Selamat di copy paste oleh aku dari email gptd.

4:08 AM

Bila Obsesi Kuasai Diri


Aku dah berkira kira ni. Dan bila sudah berkira kira, hati aku berdebar debar, selagi tak dapat, berdebar lagi. Memang sudah lama sangat aku idamkan dia ni. Dulu aku sudah punya buah hati ni. Tapi, mana kacip kalau tak dapat bermain dengan lensa. Tak hensem. Tak kacip. Tak boleh berlagak bak kata Faz. Tapi ni bukan soal berlagak, ini tentang minat, tentang obses, tentang cinta. Kan aku dah berpuitis. 

Harap cita cita tercapai.

Harap perniagaan nasi lemak aku mendapat sambutan. Walau ekonomi dunia meleset tahun depan. Celaka kau kapitalis.

6:12 AM

Aku Dan Kedai Handphone Abang Abang Aku

Setiap kali cuti semester biasanya aku kerja dengan abang abang aku. Kalau tidak di Melaka Sentral, di Batu Caves. Cuti kali ni aku kerja di Batu Caves. Seperti selalunya, macam macam hal yang aku hadapi tiap kali bekerja. Macam macam fiil manusia. Macam macam ragam. Macam macam kerenah. Macam macamlah. Macamlah kau tak tahu. Chombi pun tahu.

Pagi tadi .Panas hati aku. 

Apekejadahnye nak pendekkan tali jam pun nak hantar kat aku??!! Aku kerja di kedai handphone kawan, bukan kedai jam. Lebih baik kau bagi aku repair mesin jahit ke, mesin rumput ke, mesin pengimbas CAT sekalipun. Baru meletup. Huh. 

Pagi pagi morning dah buat aku sentap. 

6:46 AM

Mungkinkah Terjadi

Aku ketemu dia semula. Terima kasih Tuhan.
Jika dia di takdirkan untuk ku, maka dekatkanlah hatinya denganku.
Namun sekiranya tidak, maka dekatkanlah hatinya dengan ketentuan-Mu.
Amin

11:24 PM

Siapa Yang Terkorban??

Satu hari sebelum raya Qurban. Semangat berkobar kobar di dada. Nak tolong tumbangkan lembu kat kampung aku. Nak tolong melapah sekali. Tapi kalau pakcik pakcik veteran tak percaya kemeletupan aku dalam melapah lapah daging ni, hantar daging korban rumah ke rumah pun dah kira ranggi. Boleh jugak aku usha anak anak dara kampung yang tak pernah aku jumpa petang petang main bola jaring kat KEMAS.
Malam raya pertama, lepak lepak kat rumah. Nenek aku yang konon konon nak beraya kat Kuantan tak jadi, sakit, masuk Hospital Melaka. Kesian nenek aku.
Aku dah lama sangat tak terlibat dalam ibadah korban ni. Dulu, kecik kecik, selalu jugak tolong (baca:tengok). Memang tak sabar sangat lah. So, aku masuk tidur awal. Nak kumpul stamina, energi. Lembu lembu korban ni bukan macam lembu susu, rilek saja bila di perah putingnya.

*********
Hujan turun tak berhenti henti. Memang sedap tidur berbalutkan toto Narita. Sejuk malam tak terasa. HAHA


"sesungguhnya manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan"

Hujan turun tak berhenti henti. Memang sedap tidur berbalutkan toto Narita. Sampai ke tengah hari aku tak sedar!! HAHA. Sembahyang raya ke mana, lembu ke mana, aku masih tenang kat atas katil.


6:26 AM

Rindu kat mak bapak aku!
Bila la nak abes blaja.
Nak keje, ade duet, bawak mereka kerjakan umrah.
Then, baru kawen.
Dulu aku pikir kawen dulu.
Tapi pasni mak bapak aku lebih penting.
Mak.Ayah.Sayang anda.Noktah

4:35 AM

Peperikse-An...Masa Untuk Memeriksa Buku

Isnin. Baru habis satu kertas. Organizational Behavior. Walau aku tak sedia, alhamdulillah, dapat jawab dengan rileks. Gifted. HAHA.

7:44 AM

Tak Punya Tajuk

Sebenarnya. Bukan saja tak nak update. Tapi macam macam perkara yang berlaku. Sejak sebelum puasa, sampai sekarang, ada saja program, tugasan dan segala lulu lala yang perlu di selesaikan.
Tiap kali nak menulis, mesti ada hal. Itu ini. Rindu meh nak menulis, nak tengok komen komen rakan rakan walau tak sampai lima untuk satu cerita.HA HA.
 
p/s:Untuk kawan rakan blogger yang selalu ziarah blog; 

AKU SAYANG KORANG!!;p

12:50 AM

Lama Sudah

Aku ade lagi

10:04 AM

Pes Tyme!


Meh.
Aku tak berapa nak tahu program bagi beri award ni.
Tapi ni yang pertama buat aku.
Macam best.
Seronok. Dua ronok. Tiga ronok. Beronok - ronok.HAHA


Terima Kaseh Kecik!!Hehe.

9:27 AM

Pelik

aku demam.
sudah 2 hari
besok 3 hari
kalau masih sakit 
mungkin jadi 4, 5, 6, 7, 8& 9 hari

bila sakit
semua kerja tak menjadi

ubat?
sudah makan
lebih dari saranan
tapi
bukan ubat jalan penyelesaian
bukan doktor sembuhkan
bukan pawang
bukan tabib
bukan sensei
bukan panadol
bukan minyak yuyi cap limau

hanya Allah sembuhkan
hanya Dia punya kuasa


Pagi Khamis
Hujan
1240pagi
bukan doktor 

1:51 AM

Suka Suka

Selalunya, aku bersahur 2 kali geng. Kira ada pra sahur dengan sahur lah. Tapi tidak ada pasca sahur. Gila kau! Tu tak puasa namanya.

Pra sahur aku sekitar 1 pagi. Waktu berbuka aku cuma makan kueh mueh warna warni dengan air sedap manis manis saja. Jadi, nasi aku simpan untuk pra sahur nanti malam sikit. Jimat. Masa sahur, aku cuma makan roti Gardenia yang aku pasti dah tiga hari melepasi tarikh luputnya. Pedulikan. Selagi tak berkulat, selagi itulah aku pikir masih boleh di makan. HE HE. Air aku cuma bancuh oats saja. Baru semalam ada insan simpati bagi aku Milo 3 in 1, 2.

Lepas pra sahur barulah aku siap-siap nak tidur. Nak tidur bukan senang, kalau tak mengantuk. Golek sana, pusing sini, tekup muka dengan bantal. Tak bernafas sempurna kau geng. Itu belum lagi aku mintak roomate dodoikan. Aku biasa layan nasyid sebelum tidur. Insaf juga tak kurang. Tapi bila masuk lagu Kau Kekasih, Ku Mengasihimu, Akulah Kekasih, Mengasihani Kekasih Kau, Ceritera Kasih, Impiana Kasih, Istana Kekasih dan Kekasih Pak Cik Mu yang budak budak perempuan sekolah kolej tak kurang universiti minat tu, baik aku terus tekup muka dengan bantal. Tak insaf langsung. Tapi aku admit, aku dah mula dengar lagu lagu nasyid sebegitu. HA HA.
**********************************************
"Debar hatiku
membisik rindu
ingin aku katakan
kau gadis idaman"
***********************************

"Umpama rembulan jatuh ke riba, mendengar khabaran darinya, padaku kau memendam rasa..aaaaaaaa,"terdengar sayup sayup suara roomate aku.

"Met,kau pun sama?!!"jerit aku separuh gagap. Terbilang betul gayanya.

9:43 PM

Entah Apa Punca

Hari ni. Aku rasa macam nak kahwin la. Tak semena mena rasa gatal singgah. Gemilang betul.
*******************************************
"Mak, aku nak kahwin".
p/s:saja suka suka hati pikir gini.perut lapar.hati runsing.poket kosong.mau kawen?hapekejadahnye.

8:36 PM

Buat Hal Betul

Gila. Nasib baik sempat. Kalau tak, hilang seri wajah macho. Aku ingatkan exam start pukul 930 pagi. Alih alih pukul 9 pagi. Kelam kabut aku. Dah la aku pakai unformal. Baru nak lagak macam Rochang Noong. Cemerlang sikit. Tapi member dengki. Suruh pakai formal. Dah macam salesman. Sampai Dewan MAS, kul 915. Sempat gak masuk toilet usha rambut. Helmet punya pasal, remos aku kemik. Sikat tak bawak. Guna jari pun boleh.

Budak - budak group lain bersesak - sesak depan pintu dewan. Group lecture aku dah masuk. terpaksa lah aku excuse me excuse me kat celah celah awek. Malu seh.

Dalam dewan, muka muka yang tak pernah nampak masa dalam kuliah bukan main banyak. Semua muka tua bajet nak graduate. Biar, bukan masalah aku. Awek sebelah kiri kanan tak habis habis usha aku. Suara suara halus kedengaran depan belakang. Tak kan remos kemik pun nak memuji aku. Aku fokus kat kertas OMR. Tulis maklumat yang di kehendaki. Habis sudah menulis, seorang lecturer yang pakai macam awek awek indon buat pengumuman," jangan menulis apa apa dia atas kertas OMR dan kertas soalan sehingga di beritahu". Baru lah aku sedar, awek awek kiri kanan depan belakang cakap pasal apa tadi. Muka jadi kaler pink. Tapi aku buat macho; macam biasa.

Soalan. Macam sengal punya susah. Atau aku tak study. Dua dua mungkin. Di iringi oleh kelaparan perut, kesejukan air-cond dan rasa mengantuk seperti di kelilingi bidadari sorga, buat pandangan aku kat soalan depan mata kabur.

Selesai menjawab, jam pukul 1015. Awal lagi. Tapi memang aku pantang berada dalam dewan peperiksaaan lama lama. Nanti member perli,"tolong lecturer kumpul kertas jawapan ke wei?".

8:41 PM

Bulan Maghfirah

Aku ada lagi la. Laptop aku buat hal betul. Tapi sekarang sangat sibuk. Tak dapat hapdett selalu lagi.

p/s:tajuk tiada bersangkutan dengan entri. ketandusan ide untuk menulis.ARGHHHHH!!

10:01 AM

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan


Hajar. Kawan aku. Kawan Kam, Amy, Diana, Epah, Nadiah, Irna, Bad, Khairul, Min, Shafiq, Wan & Zaki(patutnye aku tulis et al; senang, HA HA). Hajar nak pergi jauh. Syria.

Dia mahu sambung pengajiannya di sana. Jauh la Hajar, sini pun boleh, banyak(jelous sebenar - benarnya).

Hajar. Kami kenal melalui PJKN'08 Melaka. Dia asal dari Johor. Mula kenal, aku ingat dia tua dari aku. Muka bajet kudus, hati murni dan mengamalkan prinsip prinsip Rukun Negara dan Rukun Islam. Aku takut nak sembang dengan dia. Takut nanti dia keluarkan dalil aqli dan naqli.

Hari kedua di kem(tak pasti), kami mula bersembang. Dia minta aku tuliskan khat untuk namanya.Tulisan aku tak cantik, rosak diari ABIM dia. HA HA. Selepas dari itu, (masuk hari hari seterusnya) sangkaan aku meleset. Hajar, macam aku, gila sewel melalut bila bercakap. Tapi dia baik, gadis baik. Peramah. Aktif (hyperactive mungkin). Berani. Suka pau orang (bukan kueh pau tu, tapi perbuatan meminta sesuatu dari orang sekeliling berunsurkan paksaan; menghalakan penumbuk; menarik collar t - shirt etc. Gemar menendang itik seriti jiran sebelah. Meminati (sangat sangat) Karam Singh Walia (ada koleksi gambar Karam dalam diarinya). Hari hari seterusnya di kem sangat menyeronokkan dengan adanya kawan - kawan seperti anda Hajar. Perkenalan yang singkat, namun punya kesan yang amat besar.

Ahad ni, Hajar akan tinggalkan keluarganya, kami & kasut busuknya.

"Hajar. Belajar rajin - rajin, nak''. Kata ibunya. (Sesuke hati aku saja buat dialog ni)

Semoga selamat segalanya, Amin. Jaga diri di rantauan. Padan muka tak dapat balik raya. Jaga makan minum, pergaulan, solat dan kesihatan. Pandai pandai la jaga diri; senang. HE HE. Jangan lupa kami di sini. Jangan lupa roti arab. Jangan lupa minyak dhob. Jangan lupa update blog anda, Hajar. Semoga kita menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Apa pun, maaf, tak dapat ikut serta kawan lain di KLIA ahad ini.

Ma'as salamah wa ilal liqa',
Hajar.

7:41 PM

Syukur pada-Nya

Ada perkembangan positif. Managerial Math, Business Report Writing & Business Accounting dah siap. Sekarang tinggal International Business. Paling memeningkan aku sekarang.

Semalam, kawan aku cakap yang aku ni sombong. Jalan menonong tak pandang kiri kanan, muka ketat, kacip. Tapi, itulah diri aku. Susah nak berubah. Aku dah terbiasa.

Besok, kalau aku jumpa dia, aku nak senyum sampai ke telinga. Rambut trim, sikat tepi, kasut lip lap kilat mengerlip, skinny tie, baju pink. Perghhhh!

Apa pun. Syukur pada-Nya, atas rahmat tak terkira.

6:30 AM

Minggu Minggu Yang Memenatkan


Assignments yang perlu di siapkan dalam masa cuti;



  • International Business in Global Business Marketing

  • Business Report Writing

  • Managerial Math

  • Macroeconomy

  • Business Accounting

  • Naruto Chapter 413...HA HA

Cuti tak macam cuti. Apa cerita?? Apa pun, nak layan Olimpik dan EPL yang da nak start. C'mon Chelsea! Keep the blue flag flyin' high!!!


p/s: Maaf la, selepas ni tak dapat nak update selalu. Sekadar menghadap laptop tak berinternet.


10:12 PM

Sebok La Ko!

Aku yang sibuk. Sebenarnya. Betul. Banyak sangat aktiviti di kolej, assignment, test, projek itu ini.
Program Lambaian IPTA 8. Start hari ni. Sekolah Menengah Pengkalan TLDM, Lumut, datang ke kolej aku untuk satu program berbentuk motivasi. Masalahnya, aku sendiri pun tak bermotivasi. Layan kan saja. Program sepatutnya bermula 29, 30, 31 Ogos ni. Tapi pihak sekolah buat hal dan awalkan program tanpa maklumkan lebih awal. Apa cerita. Terkontang kanting aku dan AJK lain.
Moga berjaya walaupun bajet, kertas kerja yang tak di luluskan dan segala malapetaka bersifat dajjal yang banyak menimpa.

*************************

"Pul, bangun. Sembahyang Jumaat". Rumet kejut aku.

Azan dah berkumandang.

5:18 AM

Ini Perasaan Aku


Politik haru biru
Buat rakyat keliru
Moga kemenangan buat nan satu
Islam agamaku..biar terbuka jalan untuk perjuangannya
Amin

Lalu ku panjatkan doa
"Moga terpelihara kemerdekaan ini"

4:05 AM

Chelsea v Malaysia;Biasa Sudah.






Malam tu, Malaysia memang mantap. Entah dari mana semangat hantu kubur yang para pemain dapat, aku pun tak pasti. Cuma yang pasti, pasukan kesayangan aku tak bermain 100%. Mungkin keadaan padang yang seperti padang bola di Japerun Sungai Rambai, membatasi pergerakan pemain Chelsea. Wut-eva..


Harap, selepas ni, Chelsea akan datang lagi. Aku pasti tonton lagi. Mungkin dengan dia.

Apa yang menarik:

  • Deco, bekas pemain Barca dulunya. Tak rugi Scolari bawa masuk dia ni. Control game malam tersebut. Hantaran memang chantek. Ada cubaan yang agak menarik.
  • Disanto.Pemain muda Chelsea. Harapan baru. Mungkin. Pengganti Lampard. Mungkin
  • Malam kejadian, tak kira siapa pun yang keluar dari bilik persalinan, penonton pasti menjerit. Hinggakan budak milo pun dapat sorakan. Gila.
  • Banyak juga yang dapat cenderahati dari Chelsea. Terutama mereka yang duduk depan. Menyesal tak join sama.
  • Terganggu juga peminat Chelsea dengan cubaan demi cubaan pemain Malaysia. Aku pun tak senang duduk. HA HA.
  • Lastly, walaupun tak dapat bergambar dengan pemain - pemain Chelsea, tapi aku terserempak dengan Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip. Brader ni sokong Malaysia katanya, tapi pakai baju Led Zep. HA HA.

4:39 AM

Laptop+Semut=Ada Parti Mungkin




Ini cerita tadi. Sebentar tadi, sebelum hujan lebat mencurah membasah bumi Sintok.
Laptop fulanah ini, ada parti mungkin(sama seperti tajuknya;senang),semut merah halus kecil,berduyun duyun keluar dari speaker,keypad dan dari segenap lubang lubang kecil laptopnya.
Mungkin, jika di biarkan bakal bersarang berketurunan semut ini, semut Terengganu(tanya dulu jika terasa).
Terus saja pada kesimpulannya, sayangi apa saja milik anda.
Jangan biar ia musnah atau rosak dari dalam, tanpa kita sedar, hingga satu saat, ia sudah tidak lagi berguna.
Apa saja. Baik jaga.

Mak aku cakap, jangan minum atau makan makanan yang bersemut...nanti jadi nyanyuk biol pelupa.
p/s:Gambar semut hitam yang nampak sangat tak seperti aku yang mengambilnya, selamat di curi oleh aku atas ihsan bantuan Google. Hidup lebih mudah. HA HA

8:39 PM

Chelsea...!Tunggu Aku Datang!



Akhirnya. Hasrat tercapai jua untuk ketemu Ballack, Lampard, Terry dan Nordin Kardi(haha). Memang dah tak sabar nak tunggu 29 Julai ni. Tak sangka abang aku bermurah hati nak belanja tiket nonton Chelsea v Malaysia. Pasti, aku support Chelsea, bukan Malaysia. Bukan tak punya semangat nasionalisme mau pun patriotisme, tapi untuk hal ini, aku tak mau menjadi hipokrit..Ha Ha.

Cuma, agak terkilan sebab si hitam tak dapat sertai tour kali ni. Aku harap Drogba kekal di Stamford Bridge. Sesiapa bukan supporter Chelsea di larang mengomen entri ni.Ha Ha.


Sekadar berkongsi. Salam

9:00 AM

Putu Buloh & Jagong Bakar

''Bang, bagi putu buloh 2 ringgit''. Masa ni aku sorang - sorang kat Pasar Malam Changloon(PMC). Terpisah dengan rumet,O'oi. Nampak macam sikit beli 2 ringgit,"tak cukup ni",bisik hati. Nafsu dah kuasai minda, tapi terkawal lagi oleh iman nan satu. Haha.

Kemudian aku pergi mencari jagong manis bakar habis murah;seringgit sebatang. Seperti selalu, nafsu mula tunjuk belang,duit tak cukup ni. Sedap. Dah makan minggu lepas. Lepas beli, sambil jalan sorang - sorang, lihat keliling, sedih. Pak Cik sorang ni, fizikalnya cuma dari kepala ke pinggang. Meminta simpati manusia ramai lalu lalang. Kalau aku macam Frank Lampard atau abang Brad Pitt, punya wang juta juta not warna warni, mahu aku beri kat Pak Cik Comel tadi. Tapi, fikir diri sendiri yang masih minta harap simpati ayah dan ummi, aku cuma mampu sedekahkan senyuman.

Senyuman kan sedekah?Sekadar berkongsi.

6:57 AM

Proton Survival Challenge-War Game(Part One)

Busuk. Gelap. Pacat. Hujan. Inilah gambaran sepanjang PSC War Game yang berlangsung di Hutan Sintok pada 17 Julai yang lepas. PSC pada kali ini adalah yang ketiga di anjurkan oleh Dewan Penginapan Pelajar Proton (DPP Proton) Universiti Utara Malaysia, tempat tinggal aku di UUM. Pada kali ini aku terlibat sebagai Fasilitator yang di tugaskan membimbing para peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1. Program bermula sekitar jam 330 petang.


Kemudian kami bergerak menuju ke Padang Kawad UUM. Di sana,setiap kumpulan di beri sejumlah wang PSC untuk membeli bom dan makanan. Nak tahu apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom ni?Soya masam(pekat sungguh!),telur dan tembikai merah.Kemudian di peram selama beberapa hari. Bayangkanlah! Bau memang tengik(macam Hajar,bwahaha...). Hampir jam 520 petang barulah aku & peserta bergerak masuk ke dalam hutan. Suasana ketika ini agak terkawal lagi, cuma terdapat beberapa peserta sisters yang dah mula menunjukkan muka cuak(kecuakkan),gabra. Tugas aku sebagai fasi selain daripada menjaga peserta - peserta ini, aku juga perlu memprovoke mereka. Best betul bila lihat muka masing - masing masa ni. Semasa dalam perjalanan menuju ke camp site, 2 orang peserta dari kumpulan aku terkena bom setelah di ambush oleh gerila. Suasana memang agak kecoh. Mereka di serang secara tiba- tiba, cuma kami Fasi di beritahu lebih awal mengenai serangan tersebut.Sempatlah aku mengelak. Haha. Keadaan kembali terkawal selepas itu. Kami meneruskan perjalanan ke camp site, yang agak ke dalam juga. Setibanya di kem, para peserta mula di beri taklimat, tentang segala hal, dari pantang larang di dalam hutan, serangan - serangan gerila seterusnya, strategi dan lain - lain. Kemudian kami menunaikan solat Asar. Nasib baik ada anak sungai berdekatan kem kami. Hanya beralaskan daun daun hutan, solat tetap solat. Pada masa ini, puak gerila(jahat gile dorang ni) memberikan para peserta masa untuk merancang strategi, berehat - rehat.



Selepas solat Maghrib, peserta mula mencari tempat-tempat yang sesuai untuk menyorok. Memang kami sebagai Fasi menyuruh mereka untuk menyorok pada serangan yang pertama ni. Pada masa inilah, hujan mula turun.Sejuk!Pacat pula semakin aktif. Pantang bau darah, mesti ada pacat. Masa ni masing - masing sudah tidak kisahkan pacat lagi. Semua dalam keadaan berjaga - jaga. Keadaan sangat gelap! Lantai hutan sudah mula becak, menimbulkan ketidakselesaan yang maha hebat. Aku dan rakan - rakan fasi yang lain(mula-mula ada 4 orang,tapi tinggal 3 kemudiannya,seorang lagi sakit) mula melarikan diri. Bukan takut, cuma tak mahu terkena bom maha busuk peringkat ke sebelas chao phra ya tu. Hampir setengah jam menuggu, barulah nampak dari jauh kelibat puak gerila ala zionis ni. Lalu aku dalam nada perlahan menjerit "fasi..fasi..fasi ", supaya puak - puak ini tidak menyerang kami. Selamat. Aku tanpa rasa belas kasihan, mendedahkan tempat persembunyian adik - adik kumpulan aku(jahat kan?). Memang dahsyat. Bergegar Hutan Sintok dengan pekikan, jeritan puak gerila yang kehausan darah ni. Habis berterbangan bom-bom soya busuk+telur+tembikai mencari mangsa yang kekudusan. Muka - muka suci, baju dan tudung yang indah bersih bercampur gaul dengan bom - bom rakus ini. Mereka semua di tawan oleh gerila tidak sampai 5 minit. Geli hati melihat puak-puak gerila bertopeng(kebanyakkannya aku kenal) menjerit-jerit, menyergah terpekik terlolong terhadap para peserta.

Serangan pertama berjalan lancar, aku dan rakan fasi lain membantu peserta menyusun semula strategi. Kebanyakkan dari mereka sudah di bom, malah ada juga yang terminum bom yang meletup tersebut(arkkkkk!!!!). Memang dalam serangan yang pertama, gerila akan menyerang peserta habis - habisan, tanpa para peserta sempat melakukan serangan balas. Peserta mula menyuarakan ketidakpuashatian terhadap gerila. Pada asalnya kami sudah maklumkan kepada peserta jika cease-fire di laungkan, cepat - cepat keluar dari tempat persembunyian. Puak gerila akan berhenti menyerang. Tetapi lain pula yang berlaku, apabila peserta menyerah diri selepas cease-fire, gerila masih lagi menyerang peserta - peserta ini. Aku memang sudah faham dengan perangai gerila ini. Kebanyakkan dari mereka yang menjadi gerila adalah semata untuk membalas dendam(mungkin masa PSC dulu mereka teruk diserang). Apa yang dapat aku katakan pada sisters brothers kumpulan aku ialah banyakkan bersabar. Malam masih muda.

11:39 PM

Lagu Untuk Dia


You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you


You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all seems light years away
And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile


Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me
And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

11:11 PM

Runsing


Semalam
hari ini...dan mungkin esok hari...
rasa runsing resah ini akan tinggal melekat dalam benak kotak pikir aku.

Banyak kerja..banyak tugasan...lambakan amanah
yang perlu di selesaikan...serta dosa pahala yang bergantungan.

Moga Allah benarkan
moga tubuh badan ini kemampuan
moga segala perancangan berkesudahan
Amin Ya Rabbal'alamin.

8:40 AM

Pizza Kecik Hati


Kawan kawan
mereka pergi makan pizza
tapi mereka dengan mereka sahaja
aku yang jauh dengan diriku saja..

Malam yang sejuk,dingin
angin masuk ke tulang
semakin sejuk
teringat pada kawan kawan yang sedang menikmati pizza
aku masih keseorangan

Moga persahabatan ini tak pernah henti
pizza boleh beli lagi..
tapi kawan sejati sukar di cari hingga mati.

8:13 AM

Hukum Tarikan

Baru balik dari kelas makroekonomi. Best gile lecturer! Kuliah belum bermula lagi, tapi aku sudah rasakan keseronokannya! Minggu ini adalah minggu gugur tambah atau add drop, so masih tiada kuliah untuk minggu ini. 

Tadi lecturer aku sekadar memberikan sedikit motivasi sebagai pembakar semangat untuk semester baru ini. Dia berkongsi pengalaman belajarnya, sangat menarik. Hukum Tarikan. Apa yang aku faham, kalau kita berfikiran positif terhadap sesuatu perkara, maka positiflah perkara atau hal tersebut. Begitulah sebaliknya. 
Orang yang berjaya selalu berfikiran positif, optimis. Jadi demikian, hanyasanya dengan berfikiran positif, kita mampu memotivasikan diri, walaupun situasi ketika itu hura hura(perlu submit assignment esok, tapi belum buat apa-apa pun!), at least situasi tidak lebih memburuk.Sekadar berkongsi cerita.Salam

6:34 PM

Bonus..Bonus


Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan Allah SWT, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT


So,tunggu apa lagi.Inilah masanya kita nak kumpul pahala.Rebutlah peluang yang ada ini.Apa yang penting,niat mestilah IKHLAS.Marilah kita sama-sama berdoa agar dapat kita berada di bulan Rejab pada tahun ini.Amin.

3:32 AM

Tamat Sudah

Sejak hampir seminggu lalu setelah hampir lapan hari aku mengorbankan masa tidurku,hari ini segalanya kembali di atas normal. Minggu Suaikenal 08/09 Semester Pertama di UUM telah pun berakhir.Tugas yang di berikan kepadaku rasanya telah berjaya di laksanakan. Freshie di bawah jagaan aku sangat-sangat sporting. Tak menang mulut nak menjawab soalan-soalan yang mereka ajukan. Nampak benar-benar semangat! Dan yang pasti aku pun sangat merasakan kepuasannya(walau penat yang maha hebat!). Program bermula dengan Kursus Induksi Fasilitator yang berlangsung selama 2 hari di DPP Bank Rakyat(dulu di kenali sebagai Kolej Kediaman Kachi 1). Kursus ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para fasilitator sebelum bermulanya Minggu Suaikenal nanti. Aku sendiri tak mampu untuk bercerita tentang perjalanan program secara keseluruhan. Apa yang pasti, matlamat program secara kasarnya tercapai walaupun Admin dan Fasi tak berapa sebulu.
Aku di tugaskan untuk menjadi fasi bagi kumpulan 17. Seramai 7 pelajar berbangsa Cina dan 4 pelajar Melayu berada di dalam kumpulan aku. Memang pada mulanya rasa seperti satu beban yang berat(pelajar Cina lebih banyak!),tapi setelah berakhirnya LDK yang pertama, persepsi aku sama sekali berubah!Mereka semua sangat sporting!

8:44 PM

Turunkan Harga Minyak!!!

GERAMM Mendesak agar harga minyak diturunkan semula! Sila turunkan tandatangan anda sebagai tanda sokongan!Lawati http://www.petitiononline.com/geramm/ untuk menyokong petition mendesak penurunan harga minyak.

11:30 PM

PJKN '08 Kem EDI Durian Tunggal Melaka


Rindukan saat-saat bersama.Walaupun program berlangsung selama sepuluh hari,tetapi terasa cepat benar masa berlalu.Semoga anda semua berada dalam kasih sayang Allah dan senantiasa beroleh maghfirah-Nya.Amin.

11:10 PM

Satu Permulaan..Rahmatan Lil'Alamin

Salam.Nukilan yang pertama dari saya..masih lagi belum sampai ilham sebenar untuk menulis sesuatu untuk di kongsi bersama.Insya'Allah,dalam ruangan ini,ingin benar bagi saya untuk berkongsi apa jua yang rasanya patut untuk kita ketahui bersama.Buat teman-teman di harap dapat benar memberi sedikit sumbang saran agar laman ini kelihatan lebih menarik.