Facebook, outing sini sana. wedding ciput ciput. group photo sekeping dua buat aku hampir terlupa yang aku ada blog. HAHA.
aku cuba kemaskini lebih kerap. esok peperiksaan akhir dah nak bermula. jadi makin kurang masa untuk beruang maya.
jumpa lagi kawan!
Pengikut Gue
Entah apa celaka tiba tiba hari ini aku boleh pula teringat nama nama aweks (baca;awek awek) yang pernah pacaran dengan aku. HAHA. Tak semena mena juga aku terkenang janji janji, kisah suka, duka waktu couple dulu. Konon panas selamanya, tapi bukan setakat mendung atau hujan, siap kena panah petir di tengah hari, sorang sorang pula tu! Macam celaka!.HAHA. Sekarang semua dah tamat. Aku suka dengan hidup seorang macam ni. Tak perlu fikir pasal orang lain. Cuma adalah 2 3 orang yang sangat sangat aku fikirkan keadaan mereka. Tak perlulah kau tahu. Atau kau sudah sedia tahu.
Komputer ni la tempat aku mengadu nasib.HAHA. Saja letak gambar aku dan kawan baik aku. Nampak macam kerja pejabat sikit. Baru hensem. HAHA
Size gambar dan harga. Harga gambar memang yang terendah pernah aku lihat! Rugi kalau tak datang cuci kat kedai ni. Gambar aku saja tampal di tengah. Mudah customer nak lihat. HAHA
Kedai ni kecil saja. Padan lah aku untuk jaga seorang. Itupun aku tak habis jalan lagi dalam kedai ni. GAHAHA!
Mesin printer gambar. Model lama, banyak masalah. Ada yang aku boleh fix, ada yang tidak. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Ayat Boss aku "mesin ni manusia yang buat, apa saja masalah kita boleh selesaikan!''. Boss aku banyak cakap, cakap yang betul lah. Yang ada manfaat, tapi aku pula banyak merepek.HAHA. Maaf Boss. HEH
Apa dia
Panas gila Shah Alam.
Betul.
Kedah pun tak panas macam ni.
Dan hari hari yang sangat membosankan.
Kedai baru. Jadi, masih kurang pelanggannya. Ah!
Kena buat sesuatu. Ya!
Nak tidur sekejap. HAHA!(main main saja. gila kau. boss tahu mati aku)
Esok last paper, Business Accounting. Semangat nak study dah lama berkubur. HAHA. Teringat nak balik saja. Hati, jiwa, fikiran semua dah ada kat Melaka. Badan saja di UUM. GAHAHA.
Aku dah nak cuti. Hampir 2 bulan, walau tak sampai 2. Masa cuti aku kali ni, aku akan bekerja di sebuah kedai gambar di Shah Alam. So, aku akan tinggalkan chikobi chikobi aku kat sini selama itu juga.
Arghhh!!Blog aku tiba tiba buat hal. Hilang habis semua yang aku save sebelum ni. Buat kawan kawan yang datang singgah, harap anda dapat tinggalkan link anda di ruangan shoutbox ok. Senang lagi kalau terus sign in sebagai followers aku.HEHE.
Boss aku nak jumpa petang ni.
Aku harap semua ini hanya mimpi. Boleh?
Aku dapat kerja!! Tak sangka, tabiat aku hari hari bukak forum Photoskool sampai kawan kawan aku naik meluat mempertemukan aku dengan bakal Boss aku. HEHE
Aku kembali ke sisi hitam. HAHA. Hitam tak semestinya jahat. Hitam menawan. Kan geng?
Aku ada masalah ni since aku mula kenal dia. Aku tak dapat bezakan mana dia sebenar, kalau tanpa melihat terlebih dulu, merasa sebelumnya. HAHA. Senang cerita, aku ada problem nak order capati atau tosei. HAHA.
6hb ni aku dah start cuti. Memang tak sabar nak balik rumah. Banyak pekara nak di buat. Firstly, aku nak cari kerja. Kerja apa apa pun. Asalkan rezekinya halal. Asalkan aku tahu apa nak di buat dengan kerja yang di beri.
Gila. Lama sangat tak menulis di sini. Sibuk? Tak sangat. Laptop dah rosak. Semua kerja mudah jadi susah. Nasib badan.
Tentang Tentang D80
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.