Pengikut Gue

1:51 AM

Suka Suka

Selalunya, aku bersahur 2 kali geng. Kira ada pra sahur dengan sahur lah. Tapi tidak ada pasca sahur. Gila kau! Tu tak puasa namanya.

Pra sahur aku sekitar 1 pagi. Waktu berbuka aku cuma makan kueh mueh warna warni dengan air sedap manis manis saja. Jadi, nasi aku simpan untuk pra sahur nanti malam sikit. Jimat. Masa sahur, aku cuma makan roti Gardenia yang aku pasti dah tiga hari melepasi tarikh luputnya. Pedulikan. Selagi tak berkulat, selagi itulah aku pikir masih boleh di makan. HE HE. Air aku cuma bancuh oats saja. Baru semalam ada insan simpati bagi aku Milo 3 in 1, 2.

Lepas pra sahur barulah aku siap-siap nak tidur. Nak tidur bukan senang, kalau tak mengantuk. Golek sana, pusing sini, tekup muka dengan bantal. Tak bernafas sempurna kau geng. Itu belum lagi aku mintak roomate dodoikan. Aku biasa layan nasyid sebelum tidur. Insaf juga tak kurang. Tapi bila masuk lagu Kau Kekasih, Ku Mengasihimu, Akulah Kekasih, Mengasihani Kekasih Kau, Ceritera Kasih, Impiana Kasih, Istana Kekasih dan Kekasih Pak Cik Mu yang budak budak perempuan sekolah kolej tak kurang universiti minat tu, baik aku terus tekup muka dengan bantal. Tak insaf langsung. Tapi aku admit, aku dah mula dengar lagu lagu nasyid sebegitu. HA HA.
**********************************************
"Debar hatiku
membisik rindu
ingin aku katakan
kau gadis idaman"
***********************************

"Umpama rembulan jatuh ke riba, mendengar khabaran darinya, padaku kau memendam rasa..aaaaaaaa,"terdengar sayup sayup suara roomate aku.

"Met,kau pun sama?!!"jerit aku separuh gagap. Terbilang betul gayanya.

5 Helai Daun Kari:

farhana ann said...

oit.
hahaha. pasni meh join kelas ko.k ann.
hahaha.
jgn lupe.
setiap sabtu.
jam 2ptg.
fpk 406.

aku menanti muuuu...

Saiful Bakhtiar Othman said...

mehhhh...bley menanti lagik ke?kank kne bom ngan mat perang anda...hakhak

Unknown said...

sebenarnye, lagu yang ko tulis liriknya tu, memang best.

haha...

Saiful Bakhtiar Othman said...

ko pon kene verus neyh ke szakif..haha
xbley tido weyh kalo xpasang lagu ni duloo..

Unknown said...

are you serious? takleh tido? isk.

btw, sume ni salah ko. pasal aku da terbaca lirik lagu tuh, terus aku capai hard disk aku dan pasang lagu tuh. da lame tak dengar. not only that, aku dengar gak lagu2 dalam album yang sama. paling tak kan lupa lagu Balqis. pergh~

*kalau la aku leh tarik suara setinggi fitri tuh..