Pengikut Gue

2:19 AM

kembali kepada asal

Facebook, outing sini sana. wedding ciput ciput. group photo sekeping dua buat aku hampir terlupa yang aku ada blog. HAHA.

aku cuba kemaskini lebih kerap. esok peperiksaan akhir dah nak bermula. jadi makin kurang masa untuk beruang maya.

jumpa lagi kawan!

11:12 PM

Aku Tetap Rock



Aku tetap rock. Walaupun aku tak merokok. Walaupun aku bela kucing. Walaupun aku tak ada awek. Ada aku kisah??HAHA. Aku rock. Sekali lagi. AKU ROCK KENTAL!. HAHA.

p/s: Minggu minggu konvo yang menyeronokkan. Terima kasih untuk kutu kutu di Menn Studio yang menyedarkan aku banyak perkara. Menn, Arab, Man & Mie. Mereka layak aku panggil abang. Dah tua. Tapi berlagak muda. Lahabau betul!HAHA

11:11 PM

Baca Saja

Entah apa celaka tiba tiba hari ini aku boleh pula teringat nama nama aweks (baca;awek awek) yang pernah pacaran dengan aku. HAHA. Tak semena mena juga aku terkenang janji janji, kisah suka, duka waktu couple dulu. Konon panas selamanya, tapi bukan setakat mendung atau hujan, siap kena panah petir di tengah hari, sorang sorang pula tu! Macam celaka!.HAHA. Sekarang semua dah tamat. Aku suka dengan hidup seorang macam ni. Tak perlu fikir pasal orang lain. Cuma adalah 2 3 orang yang sangat sangat aku fikirkan keadaan mereka. Tak perlulah kau tahu. Atau kau sudah sedia tahu.


Sekarang aku lebih fokus dengan hidup. Umur sudah 22 tahun, macam muda, tapi kalau sampai saat ini pun kau masih tak ada matlamat, boleh jadi sampah kau nanti. Jadi kutu. Bila dah berumur macam ni, macam macam juga yang aku perlu fikirkan. Tentang masa depan, diri sendiri, pekerjaan, nak pakai kereta apa, rumah apa dan macam macam hal. Tak pernah habis berfikir.

Dan sekarang, aku sudah nampak, harapnya, apa yang aku perlu lakukan nanti. Aku mahu jadi seorang professional photographer, mungkin juga seorang usahawan. Dan aku ada janji yang perlu di tunaikan. Hantar ibu bapa aku kerjakan haji. Kan bagus kalau nak ke Mekah semudah main dam aji di warong. HAHA. Bukan apa, kos mengerjakan haji semakin meningkat. Buat mereka yang bukan dari orang berharta, macam mak ayah aku, entahkan bila dapat merasa keindahan Mekah. 

Kan bagus kalau kerajaan sekarang, tak kisah lah siapa yang perintah, sediakan bantuan buat mereka yang benar benar layak, untuk kerjakan haji pada kos yang berpatutan, yang mampu. Memanglah nanti ada suara suara sumbang yang aktif, cakap, sampaikan urusan agama pun nak minta bantuan. Tapi, daripada membazirkan wang rakyat saban tahun menyambut pelbagai perayaan sehingga berhabis berjuta juta, apa salahnya di sediakan peruntukkan untuk mereka yang kurang berkemampuan mengerjakan haji, satu dari Rukun Islam, yang keempat dari yang lima. Barulah Satu Malaysia! HAHA. 

Kalau aku Oprah Winfrey, senang senang saja aku kumpul orang tiap tahun bawa ke Mekah. Apa celaka juta juta habis bakar mercun bunga api sambut hari bukan bukan! 

Aku pening kepala. Dahsyat amat. Belahak tak henti. Boleh minta bantuan kerajaan tak? Minta picit kepala saja. Damn!
 

9:40 PM

Ayaq Dalam besi, Api Dalam Kaca Dan Telaga Kecik



Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya.
Kampung ni takdak bekalan karen dan ayaq.

Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih macho, berkarisma, unggul, kacip, dan egoisme dalam diri yang meninggi. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran.

Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia.. sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri...

"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia.

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang.

Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia.

"Apa dia ? ayaq dalam besi, api dalam kaca ?, Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.

Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada
kusyen dll. "Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudlah Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya.

"Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah
dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.

"Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti.

"Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.

Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. " Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat ? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi.

"Telaga ? mana ada telaga dalam rumah macam ni ? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.

La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga keciktu" uwaaaaaaa....

Demikian adanya.

Moralnya di sini, hangpa toksah dok gatai nak auta mak bapak hangpa sendiri. Dosa weh. Walaupun ada setengah mak bapak kita blajaq tak tinggi mana, tapi kita sebagai anak wajib menghormati mereka seadanya. Betoikan?           

p/s: cerita ni aku jumpa dalam hardisk aku. tah sapa yang karang aku tak sure. yang pasti bukan aku la. Cuma kesimpulan saja aku buat.HAHA. Malas nak buat entri baru.  Cuma aku edit bagi kick sikit. HEHE                                                                                            

9:44 PM

Satu Kawan!


Ini semua kawan baik aku di UUM. Susah senang aku banyak dengan susuk susuk yang ada dalam gambar ni. Sakit aku, lapar aku, pening aku sampaikan assignment aku pun mereka tolong buat!

Terima kasih Faz, Cina, Jehan, Linda & Kerq kerana kalian adalah sahabat terbaik aku!

8:50 PM

Satu Keluarga!

p/s:malas nak buat entri baru, upload gambar pun senang kan?HAHA

11:12 PM

Dunia Baru Aku

Komputer ni la tempat aku mengadu nasib.HAHA. Saja letak gambar aku dan kawan baik aku. Nampak macam kerja pejabat sikit. Baru hensem. HAHA
Size gambar dan harga. Harga gambar memang yang terendah pernah aku lihat! Rugi kalau tak datang cuci kat kedai ni. Gambar aku saja tampal di tengah. Mudah customer nak lihat. HAHA
Kedai ni kecil saja. Padan lah aku untuk jaga seorang. Itupun aku tak habis jalan lagi dalam kedai ni. GAHAHA!
Mesin printer gambar. Model lama, banyak masalah. Ada yang aku boleh fix, ada yang tidak. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Ayat Boss aku "mesin ni manusia yang buat, apa saja masalah kita boleh selesaikan!''. Boss aku banyak cakap, cakap yang betul lah. Yang ada manfaat, tapi aku pula banyak merepek.HAHA. Maaf Boss. HEH

12:46 AM

Satu Chelsea

Malam ni, mungkin budak budak Manchester United akan bergembira berpesta kerana MU dapat merangkul sekali lagi Piala EPL. Memang susah untuk budak budak Sekolah Sukan Arsenal nak menibai MU. Atau mungkin Encik Arsene Wenger sama Encik Alex Ferguson dah berpakat, memudahkan laluan MU untuk menang. Cilaka betul. Aku, dengan pasti tak nak tonton game malam ni. Dah boleh agak. Budak budak Pasti Jelatang pun dah tahu pasukan mana menang malam ni. Tak kisah lah, Chelsea mungkin kurang tuah untuk musim ini. Tapi aku tetap dengan Chelsea. Kan Faz?HAHA.

p/s: Chelsea tetap di hati, tapi aku ingat nak pergi nonton MU v Malaysia Julai ni. Nak pergi menembak. Dapat pinjam 80-200mm f2.8 Boss best ni. HAHA.




1:53 AM

Sudah Ada Jawaban

Haha. Kecik memang terer. Kacip. Mantop.

Cepat sungguh kau jawab. Dengan betul pulak tu.

Susahkan. Kalau dah turun, bercinta nak naik semula. Kena pulun, tahap dewata nak

 naikkan pointer semula.

Dulu ke kelas senang lenang jalan sambil remos gulung gulung.

Tapi, bila sudah masuk semester empat dan seterusnya, remos ombak Segari dah tak hensem; 

jatuh walau letak gel sebotol.HAHA.

Konklusinya;nenek sudah pesan dulu dulu. Sediakan payung sebelum hujan. kan??

Tumbuk dada tanya selera. Kalau tepuk macam tak berapa sedar. Tak berapa rasa. HAHA


12:06 AM

Tolong Jawab, Kawan

Apa dia



Senang turun


Tapi


Susah naik?


Ahhhhhhh...~

10:11 PM

Semalam Yang Hangat

Panas gila Shah Alam.

Betul.

Kedah pun tak panas macam ni.

Dan hari hari yang sangat membosankan.

Kedai baru. Jadi, masih kurang pelanggannya. Ah!

Kena buat sesuatu. Ya!













Nak tidur sekejap. HAHA!(main main saja. gila kau. boss tahu mati aku)

10:10 PM

Ma'as Salamah Wa Ilal Liqa'

Selamat tinggal Proton. Selamat tinggal Chikobi. Selamat tinggal Cina & Hapis.  Selamat tinggal Faz. Selamat tinggal Binjal. Selamat tinggal DKG. Selamat tinggal....errr..dah kot.



Selamat tinggal dunia. Aku menuju ke dunia baru. 






















HAHA. Aku balik Melaka saja. HAHA. 8 Mei dah nak ke Shah Alam semula. Hidup. Tak boleh leka. Tak boleh bermalasan. Tak dapat selalu gembira. Kena sedia. Selalu. Tapi. Tak selamanya. Kan? 



p/s: Aku mungkin tak dapat update selalu. Tapi aku selalu dapat di hati korang! HAHA. Amek kau, aku dah start menjiwa..HAHA.

Sudah. Cukup. Ini p/s saja. HAHA.

10:27 PM

Hari Hari Terakhir Semester 4 Aku

Esok last paper, Business Accounting. Semangat nak study dah lama berkubur. HAHA. Teringat nak balik saja. Hati, jiwa, fikiran semua dah ada kat Melaka. Badan saja di UUM. GAHAHA.


8 Mei aku akan ke Shah Alam, start kerja  part time di sana.

Lepas ni aku akan jarang update, bekalan internet tak ada. Tak tahu lah pula kalau Boss ada sediakan komputer berinternet kat kedai.HEHE.

p/s:semalam chikobi aku tidur dengan aku. Geram betul aku. Ada ke patut dia gigit telinga aku. HUH!


4:14 AM

Chikobi Aku





Aku dah nak cuti. Hampir 2 bulan, walau  tak sampai 2. Masa cuti aku kali ni, aku akan bekerja di sebuah kedai gambar di Shah Alam. So, aku akan tinggalkan chikobi chikobi aku kat sini selama itu juga. 


Kasihan. Muga muga chikobi chikobi aku gemuk gemuk juga seperti biasa. Aku selalu beri makan kat mereka ni. Yang syoknya, chikobi aku ni dah cam sangat muka aku. Kadang kadang aku terpaksa sorok muka sebab malas nak layan. HAHA.

Hidup kat tempat orang memang agak bosan. Lebih lebih lagi bila orang yang macam aku, tak punya ramai kawan. HAHA. Orang cakap aku sombong bla..bla..bla..HAHA. Nasib baik lah ada chikobi chikobi ni yang nak buat kawan dengan aku. HAHA!

Semoga chikobi aku tahu macam mana nak hidup, macam mana nak cari makan, macam mana nak cari pasangan(HAHA, bukan macam aku yang...ahhh, biarlah). 

Jumpa lagi semester depan wahai kucing kucing ku. Adeh!



5:13 AM

Ape Dah Jadi Ni!!

Arghhh!!Blog aku tiba tiba buat hal. Hilang habis semua yang aku save sebelum ni. Buat kawan kawan yang datang singgah, harap anda dapat tinggalkan link anda di ruangan shoutbox ok. Senang lagi kalau terus sign in sebagai followers aku.HEHE.

7:30 PM

Aku TerRachun

Semalam. Jumpa Boss aku, Abang Sham. Dia bagi sedikit tips tips untuk berbiznes. Sambil sambil tu, Abang Sham dah rachun aku secara halus. Perlahan lahan rachun tu masuk. Aku tak upaya nak elak. Rachun ni gred S. Kalau buat main main sekali pun, rachun ni boleh masuk dalam hati kau. 

Sambil tu, aku dan Abang Sham tunggu kawan kawan Abang Sham. Mereka pun geng geng fotografer juga. Siap ada sindiket sendiri, SnapSyndicate

Ini geng Otai. Sudah main kamera dari zaman filem. Hati berdebar saat tunggu filem di cuci. HAHA. Sekarang lain, bila sudah tekan itu shutter, itu masa juga kau boleh lihat hasilnya geng. Tapi, dalam aku masih malu malu nak bersembang dengan kawan kawan Abang Sham ni, sempat juga aku dapat satu tips untuk mantopkan lagi teknik bergambar aku. Trimas Abang An.

Perjumpaan malam semalam tamat sekitar pukul 10 malam. Banyak juga tips, trick, rachun dan sempat juga aku test gear baru malam tu. 

P/s: Antara rachun rachun pada hari semalam. Waaaarrrrrgghhh!! Aku mau!!












2:26 AM

Boss Nak Belanja

Boss aku nak jumpa petang ni.



Sembang sembang.


Nak inform pasal kedai baru kot.


Pekena nasi kandar Yasmeen sedap ni.


Boss belanja la.HAHA


Hujung hujung sem ni duit tinggal sen sen je.


Show Must Go On.

1:39 AM

Aku Dah Penat

Aku harap semua ini hanya mimpi. Boleh?

5:45 AM

Life Is Short




Life is short 
Break the rules 
forgive quickly 
kiss passionately, love truly 
laugh constantly 
And never stop smiling 
no matter how strange life is 
Life is not always the party we expected to be 
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

8:21 AM

Alhamdulillah

Aku dapat kerja!! Tak sangka, tabiat aku hari hari bukak forum Photoskool sampai kawan kawan aku naik meluat mempertemukan aku dengan bakal Boss aku. HEHE

Aku dapat kerja kat kedai gambar. Memang kena dengan diri aku. Tapi Boss dah pesan awal awal, kalau boleh kerja dengan semangat berbisnes, bukan sekadar hobi. BAIK BOSS!!HEHE
Boss jugak pesan, jangan anggap dia boss, tapi sebagai kawan, rakan. Bukan apa, kata boss, nanti kemesraan tak berapa ada. Lepas tu buat kerja pun sebab takutkan boss. Buat kerja untuk organisasi atas dasar kapasiti takutkan boss. Dia tak mahu pekerja pekerja dia macam tu. BAIK BOSS!!! HEH.
Kedai ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Dan yang paling mencabar, aku jaga kedai ni sorang sorang. Aku tak pernah ada pengalaman jaga kedai gambar ni. Muga muga semuanya baik baik saja. Amin.


10:32 PM

Hitam

Aku kembali ke sisi hitam. HAHA. Hitam tak semestinya jahat. Hitam menawan. Kan geng? 

9:24 PM

Selesema Babi?Apakejadahnya.

Satu dunia dulu heboh, gerun dengan selesema burung. Habis semua haiwan yang sifatnya unggas peliharaan di hapuskan. Habis ayam ayam karen, itik serati, angsa angsa gila dan rusa nani di lucutkan hak untuk hidup. Tapi sekarang, heboh pula sekali lagi dengan penyakit selesema yang baru. Selesema babi! Gila, hapekejadahnya. 

Penghidap penyakit yang dipercayai berpunca daripada jenis terbaru virus H1N1 itu akan mengalami demam, sakit tekak, batuk, sakit sendi yang diikuti dengan jangkitan paru-paru.

Di Mexico, setakat entri ini di tulis, telah mencatatkan 81 kematian. Penyakit ni penyakit glokal beb. Sekarang dah menular ke New Zealand. Babi boleh terbang ke geng?HAHA. Hong Kong, Jepun dan Thailand pula mengetatkan pintu masuk ke negara mereka sebagai langkah berjaga jaga. Malaysia? Di Melaka bersepah babi. Merusuh saja lebih, tindakan HARAM.

Pemakan babi antara makhluk makhluk yang mudah di jangkiti, tapi mengikut laporan, yang tak memakannya pun boleh di jangkiti, apatah lagi yang suka bergambar dengan babi.HAHA. Tapi, kalau ikut logik akal fikiran manusia, babi itu sifatnya kotor, memakan dari sumber yang kotor juga. Mengapa harus di jadikan makanan manusia yang punya fikiran. Ha, kau pikir la sendiri.HAHA

Bagi aku, ini adalah antara penyakit penyakit akhir zaman dan tanda tanda pengakhiran zaman. Kan?

p/s: Hina beb mati angkara selesema babi ni. HAHA.


6:01 PM

Masalah Remeh Memeh Aku #1

Aku ada masalah ni since aku mula kenal dia. Aku tak dapat bezakan mana dia sebenar, kalau tanpa melihat terlebih dulu, merasa sebelumnya. HAHA. Senang cerita, aku ada problem nak order capati atau tosei. HAHA. 

Masalah ni memang akan berlaku bila aku nak order. Memang puas jugak aku terangkan kat macha Uttar Pradesh tu apa yang aku nak, saiznya, bentuknya, rasanya. HAHA
Sebenar benarnya geng, aku tak tahu mana capati mana tosei. Yang besar tu capati kan? Ke yang kecik tu? Aku suka yang besar tu, yang tak muat pinggan tu. MIAHAHA.
Bukan aku saja saja tak tahu, tapi mudah lupa. Mungkin aku dah terkena penangan kuah dal Subaidah kot. ARRRGGGHHHH!!

p/s: Dulu masa kecik kecik, selalu tolong mak aku berniaga roti canai, nasi lemak, kueh mueh. Petangnya pulak, mak buat laksa, ada goreng pisang, pasembor, dan segala macam kueh mueh. Belum lagi cerita aku dan abang abang aku jual roti canai segera sampai ke Kem TLDM Lumut. HAHA. Teringat sungguh.

9:11 AM

Kerja Sambilan

6hb ni aku dah start cuti. Memang tak sabar nak balik rumah. Banyak pekara nak di buat. Firstly, aku nak cari kerja. Kerja apa apa pun. Asalkan rezekinya halal. Asalkan aku tahu apa nak di buat dengan kerja yang di beri.

Cuma, kalau dapat kerja yang kau minat, yang kau memang mahu berikan komitmen sepenuh raga, yang kau lakukan dengan penuh semangat, sudah bonus buat kau geng.
Memang indah, kalau dapat kerja yang kena dengan passion kita kan. Tapi tak semuanya bertuah semacam tu. Kan?
Kerja atas minat baru berkat. Kerja tanpa minat memang palat.

p/s:Aku dah berkira kira ni, kalau tak ada siapa siapa sangat nak terima aku, kerja dengan mak aku potong buah kat Melaka Sentral pun tak apa.

12:03 PM

Hari Terakhir Ko-K Seni Khat

Setelah empat semester di UUM, akhirnya habis juga ko-k aku. Seronok campur tak ronok. Seronok sebab hari sabtu aku tak perlu lagi pakai baju batik macam orang Majlis Perbandaran Alor Gajah pergi kerja hari isnin. Seronok sebab hari sabtu aku boleh tidur tiga suku hari. Seronok sebab hari sabtu aku boleh layan D80!HAHA

Tapi, rugi tetap aku rasa. Tak puas belajar seni khat ni. Banyak lagi yang aku nak tahu. Selama empat sem, Ustaz Mohamad sempat mengajar kami khat khufi, riqaah, thuluth, diwani, diwani jali, farisi dan khat nasakh. 

Sekarang budak budak tak ramai yang boleh menulis jawi, apatah lagi khat. Budak budak darjah enam sekarang nak masuk tingkatan satu perlu lepas ujian shuffle dulu. Haram. 

Aku bangga bila ada orang bukan Melayu yang berusaha untuk belajar menulis jawi. Malah, lebih meletup lagi, bila mereka ini mampu mencipta kaedah mudah menulis jawi. Harap harap, selepas ini pemerkasaan tulisan jawi dan seni khat akan di perhebatkan di sekolah sekolah rendah, menengah dan seterusnya. Ya, memang sudah ada usaha ke arah itu, tapi perlu di mantapkan lagi, perlu di kacipkan lagi.

Dalam keghairahan mengejar kecanggihan teknologi, jangan sesekali di lupakan bahasa, tulisan, jatidiri bangsa sendiri!

11:32 AM

TA Kedua Aku


















TA kedua ni aku bersama dengan Naim(elektro). Sangat best. 
Gambar tak sempat di edit. Agak sibuk. Lagipun, ini sekadar gambar TA aku.HEHE. Malas.

10:18 AM

TA Pertama Aku
















Gambar ni aku ambil masa TA bersama ihateahmadzaki. TA pertama aku secara serius.HAHA.

10:00 AM

Bapak Lame

Gila. Lama sangat tak menulis di sini. Sibuk? Tak sangat. Laptop dah rosak. Semua kerja mudah jadi susah. Nasib badan.

Sekarang asyik bercinta dengan D80 aku. HEHE. Dan, sedang menunggu hari hari mendapat tugasan berbayar yang pertama. Moga moga ada. Banyak ikut orang selama ni. Teringin sekali nak punya job sendiri. HEHE
16 April - 06 Mei ni aku sibuk dengan final exam. Penat sungguh belajar. Nak buat macam mana. Sebab kurang cerdik, kena lah belajar. Kan?
Macam macam nak buat. Website, business card, sample album, etc.
Doakan aku semuanya berjaya ya.
Amin

4:54 PM

Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur




Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.