Pengikut Gue

6:57 AM

Proton Survival Challenge-War Game(Part One)

Busuk. Gelap. Pacat. Hujan. Inilah gambaran sepanjang PSC War Game yang berlangsung di Hutan Sintok pada 17 Julai yang lepas. PSC pada kali ini adalah yang ketiga di anjurkan oleh Dewan Penginapan Pelajar Proton (DPP Proton) Universiti Utara Malaysia, tempat tinggal aku di UUM. Pada kali ini aku terlibat sebagai Fasilitator yang di tugaskan membimbing para peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1. Program bermula sekitar jam 330 petang.


Kemudian kami bergerak menuju ke Padang Kawad UUM. Di sana,setiap kumpulan di beri sejumlah wang PSC untuk membeli bom dan makanan. Nak tahu apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom ni?Soya masam(pekat sungguh!),telur dan tembikai merah.Kemudian di peram selama beberapa hari. Bayangkanlah! Bau memang tengik(macam Hajar,bwahaha...). Hampir jam 520 petang barulah aku & peserta bergerak masuk ke dalam hutan. Suasana ketika ini agak terkawal lagi, cuma terdapat beberapa peserta sisters yang dah mula menunjukkan muka cuak(kecuakkan),gabra. Tugas aku sebagai fasi selain daripada menjaga peserta - peserta ini, aku juga perlu memprovoke mereka. Best betul bila lihat muka masing - masing masa ni. Semasa dalam perjalanan menuju ke camp site, 2 orang peserta dari kumpulan aku terkena bom setelah di ambush oleh gerila. Suasana memang agak kecoh. Mereka di serang secara tiba- tiba, cuma kami Fasi di beritahu lebih awal mengenai serangan tersebut.Sempatlah aku mengelak. Haha. Keadaan kembali terkawal selepas itu. Kami meneruskan perjalanan ke camp site, yang agak ke dalam juga. Setibanya di kem, para peserta mula di beri taklimat, tentang segala hal, dari pantang larang di dalam hutan, serangan - serangan gerila seterusnya, strategi dan lain - lain. Kemudian kami menunaikan solat Asar. Nasib baik ada anak sungai berdekatan kem kami. Hanya beralaskan daun daun hutan, solat tetap solat. Pada masa ini, puak gerila(jahat gile dorang ni) memberikan para peserta masa untuk merancang strategi, berehat - rehat.



Selepas solat Maghrib, peserta mula mencari tempat-tempat yang sesuai untuk menyorok. Memang kami sebagai Fasi menyuruh mereka untuk menyorok pada serangan yang pertama ni. Pada masa inilah, hujan mula turun.Sejuk!Pacat pula semakin aktif. Pantang bau darah, mesti ada pacat. Masa ni masing - masing sudah tidak kisahkan pacat lagi. Semua dalam keadaan berjaga - jaga. Keadaan sangat gelap! Lantai hutan sudah mula becak, menimbulkan ketidakselesaan yang maha hebat. Aku dan rakan - rakan fasi yang lain(mula-mula ada 4 orang,tapi tinggal 3 kemudiannya,seorang lagi sakit) mula melarikan diri. Bukan takut, cuma tak mahu terkena bom maha busuk peringkat ke sebelas chao phra ya tu. Hampir setengah jam menuggu, barulah nampak dari jauh kelibat puak gerila ala zionis ni. Lalu aku dalam nada perlahan menjerit "fasi..fasi..fasi ", supaya puak - puak ini tidak menyerang kami. Selamat. Aku tanpa rasa belas kasihan, mendedahkan tempat persembunyian adik - adik kumpulan aku(jahat kan?). Memang dahsyat. Bergegar Hutan Sintok dengan pekikan, jeritan puak gerila yang kehausan darah ni. Habis berterbangan bom-bom soya busuk+telur+tembikai mencari mangsa yang kekudusan. Muka - muka suci, baju dan tudung yang indah bersih bercampur gaul dengan bom - bom rakus ini. Mereka semua di tawan oleh gerila tidak sampai 5 minit. Geli hati melihat puak-puak gerila bertopeng(kebanyakkannya aku kenal) menjerit-jerit, menyergah terpekik terlolong terhadap para peserta.

Serangan pertama berjalan lancar, aku dan rakan fasi lain membantu peserta menyusun semula strategi. Kebanyakkan dari mereka sudah di bom, malah ada juga yang terminum bom yang meletup tersebut(arkkkkk!!!!). Memang dalam serangan yang pertama, gerila akan menyerang peserta habis - habisan, tanpa para peserta sempat melakukan serangan balas. Peserta mula menyuarakan ketidakpuashatian terhadap gerila. Pada asalnya kami sudah maklumkan kepada peserta jika cease-fire di laungkan, cepat - cepat keluar dari tempat persembunyian. Puak gerila akan berhenti menyerang. Tetapi lain pula yang berlaku, apabila peserta menyerah diri selepas cease-fire, gerila masih lagi menyerang peserta - peserta ini. Aku memang sudah faham dengan perangai gerila ini. Kebanyakkan dari mereka yang menjadi gerila adalah semata untuk membalas dendam(mungkin masa PSC dulu mereka teruk diserang). Apa yang dapat aku katakan pada sisters brothers kumpulan aku ialah banyakkan bersabar. Malam masih muda.

2 Helai Daun Kari:

hajarJazz said...

kuang asam sepul.. free free je nama hajar terlibat dlm pembuatan bom!!!

kasogi said...

haha...kamu mmg jahat..
menarik jgk ek kem ni..